Rabu, 8 April 2015

al-fatihah buat diri ini

Al-fatihah

Kesedaran bermula apabila merasa diri ini kosong tanpa pengisian. Tetapi belum berakhir lagi dugaan itu tiba. Benarkah diri ini sudah sedia menuju ke arah yang lebih baik?

Datangnya angka baru silih berganti  menerusi masa ke masa. Akan tetapi kealpaan ini tetap berada dalam diri ini. 

Dari manakah hendak aku mulakan langkah ini? semakin lama aku semakin tersasar dari landasan yang perlu aku lalui. Dimanakah diri ini sebenarnya perlu aku tujui?

Aku mula tersedar apabila ada tangan yang  mencapaidan memimpin semula ke jalan yang Maha satu. 

Allah...
masihkah adakah ruang untuk diri ini kembali?
aku berusaha untuk  bangkit kembali.
peritnya hanya iman yang tahu,
betapa aku berusaha bangkit kembali padamu.

lihatlah diri ini,
kadang-kadang masih perlukan tangan untuk memimpin,
aku masih sehelai kain yang perlu dicorakan,
aku masih mahu bersama-sama mereka menuju ke arah redhamu.
meski hati ini menjadi taruhan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan