Isnin, 13 Jun 2016

Iman Booster (Ramadhonn)

Assalamualaikum..

Lama juga tak menaip. Merecik peluh nak mula ayat (maaf  agak hiperbola)

Alhamdulillah ramadhon kali ni hakak kat rumah.. :) ting! (happy face sikit). Sebelum ni berbuka kat Sarawak awal sikit la kan. sunyi pula tanpa rakan-rakan. Lumrah la kalau dengan kawan teringat rumah dengan keluarga. Kalau kat rumah teringat kengkawan pulakk.

Ok nak cite perbezaan kat sinun dengan sitok suasana dia lain sangat. 

1. Bazar dia.

hakak adalah pegi beberapa kali. tapi biasalah tak sama kemeriahan dan makanan dia pon dah tentu lain sikit la dari semenanjung.

2. Pusat Islam

Ape yang best nye kiteorg selalu nak jimat pi lah pusat islam. iftar ramai-ramai. Time ni lah ukhwah Fillah gile tatap muka kawan. Taraweh sesama. Adus hakak rasa hanyut dalam kenangan pula. (klasik seyhh)


3. Ujian ketahanan

Puasa tak beerti tak dop kelas kan. Dia punya bukit nak pi kelas tu memag mencabar semangat hakak. tapi kurus tak gak. apo lah. Tapi semester satu paling WIN *o*. BERLADANG. tu dia. baru fefeeling la berperang dengan rumput. dah la waktu tu hakak tak beli motor. Jadi guna kudrat kaki poie kobun sano. Uih maso uh bukan merecik peluh. mandi terus. Tapi kan nak bandingakan zaman Nabi Muhammad puasa berperang. ni hakak ambik dari blog  jiran.



Perang Badar
Pada hari jumat 2 ramadhan tahun ke-2 hijrah terjadi perang pertama dalam islam yang dikenal perang badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara madinah dan mekah. Tentara islam mengontrol lokasi strategis dengan menguasai sumber air yang ada di situ.

Perang ini melibatkan tentara islam sebanyak 313 anggota berhadapan dengan 1.000 tentara musyrikin mekah yang lengkap bersenjata. Dalam perang ini, tentara islam memenangkan pertempuran dengan 70 tentara musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan. Sisanya melarikan diri.

Perang ini adalah suatu yang luar biasa ketika tentara islam yang kurang jumlah, lemah dari sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan ramadhan memenangkan pertempuran perang badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam surah aali 'imran ayat 123 sampai 125.

"Sesungguhnya allah membantu kamu dalam perang badar, sedangkan pada waktu itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada allah agar kamu mensyukurinya."
Cc: belog jiran.. Moga Allah balas perkongsian ini yer. :)
Mungkin ada orang akan tanya tang mano pearang aku nak poie bulan poso ni. jawapan hakak ado.
berperang dengan nafsu kita.

Jap senarai kan sikit ha.
1. nafsu makan
2. Nafsu membeli
3. Nafsu tidur

Uih yang ni hakak pon kena. Syaitan mungkin dah diikat tapi nafsu kita uh dalam diri kita sendiri. Kita sendiri yang kena ikat dia.


Sedikit ulasan tentang ramadhan ni.
Hakak pada tahun n dah berazam nak menjadi kan ramadhan ni lebih baik dari sebelum. Hakak mohon agar hakak jadi kuat. Then after a few ramadhan hakak diserang sakit2 sendi kaki dan pergelangan tangan. betapa waktu tu hakak rasa nak nangis nak merungut but hakak ingat balik I was doa untuk kuat, dan ujian membuat kita kuat. So, hakak rasa hakakkena tahan suma ni. harap yang baca ni dapat doa kan hakak. Walaupun hakak tau hakak cakap sengsorang. hehe. doakan kesihatan hakak yer. Moga kamu yang baca pon sihat disamping keluarga. :) senyum ikhlas.

Ahad, 29 Mei 2016

3 Tahun Waktu Berlalu

assalamualaikum.

dah lama hakak tak menulis. berhabuk dah sikit. tak pe. kalau Al-quran yang berhabuk jaga-jaga. ok tahun ni umur hakak makin meningkat.hakak tengok ramai umur yang sebaya hakak ni dah macam-macam dugaan dorang lalui lebih dari hakak. dan ada jugak dah jadi hahfizah, dah kawin (hurm ni hakak lambat lagi) dan ada yang dah meninggal dan nama beliau disebut sebagai tokoh islam. sangat membanggakan. hakak terfikir, adakah hakak boleh jadi camtu?



Ok atas ni muhasabah sikit.
ok now perancangan lepas habis diploma.
bukan tak nak kerja but almost 3 tahun hakak duduk  over the sea (ajet oversea) hakak nya tahap kerisauan tinggi sebab nya.

1) hakak tak kuat contoh ada pemberitahuan dik harap sabar ibu/ ayah adik dah meninggal. (mak & abah semoga panjang umur murah rezki).

2) Pasal kes kapal trobang hilang. Ramai la tanya kat hakak tak takut ke naik belon(cakap sarawak) ?then hakak pon cakap kek ateh uh tak fikir apo dah. ajal maut maso tu redho yolah.

ok adalah beberapa orang kawan hakak yangg dah lalui yang no. 1 tu. hakak insaf dik.
Bayangkan..
hakak ni dah lah jauh lepas tu nak pula dosa-dosa ngan mak ayah kita tak sempat mintak maaf. Banyak lagi dream goals yang hakak nak buat ngan family. Allah but in the same time apa pun hakak sentiasa bersikap redho. bila jadi benda macam tu hakak pegang (Allah tak akan menguji hambanya yang tak mampu). Allah bukan kejam. jadi besangka baik lah dengan Allah.

*insyaallah hakak akan kongsi kan beberapa perjalanan hakak 3 tahun belajar over the sea (dalam Malaysia je)
doakan hakak nye biskut ghayo.. 6 hari lagi.. moga kita sempat ke buln mulia ini iaitu bulan ramadhan.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Throwback Gua Niah....

Gua Niah..



kat sini tak semencabar (bahasa melayu aku teruk gila) pergi Lambir. banyak kali jugak aku tergelincir yelah nama pun Gua. masa ni pun Stamina aku kuat lagi.. jadi tak de lah aku mental disorder sangat.



ok sungai ni nak merentasi kena naik bot la... tak kan nak berenangkan. hihi.. kalau ado boye. aku diam la gamak nya..tapi Alhamdulillah aku tak tersempak ngan pak boye air. (doa banyak2)


yang ni hurm lupe deh.gamba tak jelas.


 nampak tak ni aku masih dalam gua.. huhu besar Allah je yang tau betapa aku bersyukur dapat tengok ciptaan Allah yang menarik ni..




ni gmba peta..gigil sikit sebab masa tu happy+ penat



abaikan hakak tu... lihat pemandangan belakang tu.

ok ni pass masuk... aku harap dapat pi lagi... amin..

pertemuan dan perpisahan adat manusia.

salam ukhwah fillah..

first, sedih sagat nk hbis diploma sebab banyak kenagan dekat UPM kampus Bintulu ni. tak pernah aku menyesal masuh sini dan ini lah pilihan aku. nak share sikit gambar trip ke Lambir. along journey. masa tu aku rasa nak patah balik je masa naik Bukit Pantu but i made it. kalau aku turun pon sah aku nangis n nyesal tak habiskan. Tq, dak kelas banyak bagi support memang masa tu mentak breakdown gile la. Allah je tau macam mana aku rasa patah semangat bila tengok jalan naik ke puncak.



waktu ni aku mendongak tengok dan berfikir jauh lagi kah,



jerebu juga masa ni.. hehe... apa-apa pon tetap sampai alhamdulillah..


percaya atau tak masa nak turun aku ingat 1000 m nak dekat dah,. rupa nya jauh..


indahnya ciptaan Allah. masa ni aku aku bejalan sampai berfikir macam-macam dugaan yang datang aku tempuh, macam mana susah sekali pon aku nak naik ke puncak aku tetap melangkah, bila kat atas puncak aku rasa puas hati sangat sebab aku dapat rasa satu kejayaan yang mana aku sendiri pon tak percaya. bila aku tengok balik jalan yang aku lalui macam tak percaya aku berjaya.



Allah tetap ada dengan hambanya,
aku muhasabah diri kembali,
kenapa Allah bagi dugaan?
jawapannya Allah mahu kita meminta pertolongan pada nya.
bukan Allah tak bantu kita ON THE SPOT
tapi Allah nak kita rasa nikmat kegembiran selepas kecewa.

kepada kawan-kawan aku teharu gila waktu korang risau aku pucat and tak larat.. Allah sebak jap.. huhu.

DKP
#loveDKP

Selasa, 26 Mei 2015

luahan rasa..

duduk di satu tempat asing  bagi ku,
aku mula berfikir,
dimanakah aku?
aku takut,
aku tiada siapa,
tiada arah.


siapa penyelamat ku?
hati aku takut dan sedih sangat,
aku cuba berdiri,
aku toleh ke kiri dan kanan,
aku cuba berani melangkah.


air mata mula membasahi pipi..
aku sedar diri ini tidak kuat,
siapa aku tanpa bantuan sesiapa,
aku ini bukan sekuat disangka.

tiba-tiba ada cahaya yang menembusi pemandangan ini,
hati aku meronta-ronta mahu mengikuti cahaya itu,
tapi aku kaku ditempatku,
aku berasa sangat kenal dengan cahaya itu,
ia seperti melambai agar aku dekat dengannya,
aku masih kaku.


mengapa?
bantu aku,
kaki ini seperti lumpuh untuk melangkah,
aku mula memohon sesuatu,
tetapi dari siapa?


siapa yang akan mendengar sedangkan aku berseorangan,
aku mula menumpukan segala tenaga untuk melangkah.


tiba-tiba aku tersedar,
aku kaku dan mula mengingati sesuatu,
siapa aku?
apa tujuan aku?
apakah cahaya itu,?
dan siapa yang boleh memberi pertolongan kepada aku.

Sabtu, 25 April 2015

kepada sahabat ku DKP family

Andai satu hari nanti kalian menjumpai blog gue aku harap sangat korang simpan dalam hati kenagan kita bersama,


bermula dengan  8 orang untuk first intake kita menjadi 31. tapi kita bila piji and shafi pergi tinggal 29. dan sekarang bila suzi pergi untuk selamanya tinggal 28.harap sesiapa yang membacablog ini sedekahkan Al-fatihah untuk beliau

bersamaan 25/4 suzi tinggalkan kita selama-lamanya. Allah lebih menyayanginya. banyak kenangan bersam. hampir dua tahun kami sudah bersam dan kami seperti sebuah keluarga. dengan ahli coursemate yang sedikit perangai sahabat-sahabat kami seperti bole di teka.
ada yang pelik dengan kos kami sebabnya kami sedikit tapi kamilah paling bising.
kami sedikit tapi perangai gila-gila kami tak halang kami masuk dengan kos lain.

tiada yang lebih bahagia bila kami melakukan aktitiviti bersama,
ada kelebihan yang dapat kami lihat antara kami dan kos lain.  
ada antara kos yang masih belum mengenali kesemua coursemate mereka.
aku rasa bersyukur kerana diberi sahabat yang ceria dan keanak-anakan seperti mereka.

orang kata kalau marah tandanya sayang. macam tulah coursemate aku yang pantang diusik.
bukan panas baran tapi kalau apa-apa kesalahan yang sahabat kami lakukan pasti akan ada perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini.

banyak aku belajar dari mereka. 
Allah sambil tulis ni terasa rindu pula pada mereka.
rasanya apabila terjadi pemergian seorang dari kami aku takut untuk kehilangan mereka yang lain.
sungguh aku aku bukan menghalang kematian,
tapi aku harap sangat kami semua dapat graduate bersama-sama.

dalam kos mate kami ade juga yang non-muslim, tapi kami tetap keluarga.
sebab apa?
semua agama tak pernah mengajar penganutnya melakukan perbuatan jahat.
jadi yang berbeza kepercayaan dan hormat antara satu sama lain dan jaga adab kita dengan mereka.
jangan sampai melakukan perbuatan yang menyingung mereka.

moga jalinan perhabatan ini kekal. dan yang aku mahu cuma memori indah bersam kalian.
_FP_






Dunia hanya sementara

kita dihidupkan ke dunia untuk beribadah...

pabila sampai waktunya kita akan pergi menghadap ilahi.
hanya amalan sebagai teman,
umur,pangkat darjat semua ini bukan penghalang,

lihat lah mereka yang masih muda ada yang sudah pergi meninggalkan dunia,
kita yang masih hidup belum pasti masa dan bagaimana pemergian kita.
berdoalah agar kita ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan mati dalam beriman.

buka mata,buka hati,buka minda,
manakah yang perlu diperbaiki,
adakah selepas ini giliran kita?
bukan mati dipinta cuma diingati,
hanya untuk melepaskan diri dari
khayalan dunia ini..
pergilah dengan aman sahabat.
mungkin hari ini kau pergi dulu,
selepas ini aku pula yang akan menyusul.
kuat kah aku menhadapinya nanti?

aku bersyukur kerana aku masih bernyawa.
bermakna Allah masih beri ruang waktu untuk aku bertaubat sebelum kembali padanya,
Allah sudah jelas kasih sayang  ya Rabb pada kita..
subhannallah,,
Allahu akhbarr

_peringatan kuat untuk diri ini_

Rabu, 22 April 2015

Be prepared

Jodoh menjemput?~mati~
bersediakah aku pada masa itu?
waktu tu jodoh kau dengan manusia pon tak kekal.
jadi mne satu jodoh yang kau perlu bersedia.?


kebelakangan ni aku perhatikan banyak perpisahan antara manusia dengan manusia.

jika berpisah di dunia mungkin jodoh itu mungkin ia boleh kembali.
jika terpisah dengan kematian?
adakah kau boleh halang kematian itu?


Allah..

jika diri ini meletakkan diri ditempat orang yang kehilangan orang yang dicintai seperti keluarga tak terucap rasanya diri ini.
masihkah kau mahu bersedia untuk jodoh kau dengan manusia atau kau sudah mahu bersedia berjodoh dengan kematian.

hargai mereka yang masih ada. jangan dok menanti orang yang tak pasti. jangan masa orang yang kau terdekat kau yang kau tak hargai tu pergi baru menyesal.
pada kawan2 aku yang ditimpa musibah itu takziah. aku cuba meletakkan diri aku di tempat kalian.
cry emoticon





Masing-masing ada ujian yang Allah beri.

Allah tidak menguji hamba nya yang tak mampu..

based on yang aku tengok, kalau yamg belajar jauh macam aku walaupun sarawak je pun tapi kne prepare juga,
yelah ada je rakan-rakan aku yang tak sempat tengok mak or ayah dia sebab tak sempat,
*tekankan kepada diri sendiri.

Rabu, 8 April 2015

al-fatihah buat diri ini

Al-fatihah

Kesedaran bermula apabila merasa diri ini kosong tanpa pengisian. Tetapi belum berakhir lagi dugaan itu tiba. Benarkah diri ini sudah sedia menuju ke arah yang lebih baik?

Datangnya angka baru silih berganti  menerusi masa ke masa. Akan tetapi kealpaan ini tetap berada dalam diri ini. 

Dari manakah hendak aku mulakan langkah ini? semakin lama aku semakin tersasar dari landasan yang perlu aku lalui. Dimanakah diri ini sebenarnya perlu aku tujui?

Aku mula tersedar apabila ada tangan yang  mencapaidan memimpin semula ke jalan yang Maha satu. 

Allah...
masihkah adakah ruang untuk diri ini kembali?
aku berusaha untuk  bangkit kembali.
peritnya hanya iman yang tahu,
betapa aku berusaha bangkit kembali padamu.

lihatlah diri ini,
kadang-kadang masih perlukan tangan untuk memimpin,
aku masih sehelai kain yang perlu dicorakan,
aku masih mahu bersama-sama mereka menuju ke arah redhamu.
meski hati ini menjadi taruhan..