Selasa, 26 Mei 2015

luahan rasa..

duduk di satu tempat asing  bagi ku,
aku mula berfikir,
dimanakah aku?
aku takut,
aku tiada siapa,
tiada arah.


siapa penyelamat ku?
hati aku takut dan sedih sangat,
aku cuba berdiri,
aku toleh ke kiri dan kanan,
aku cuba berani melangkah.


air mata mula membasahi pipi..
aku sedar diri ini tidak kuat,
siapa aku tanpa bantuan sesiapa,
aku ini bukan sekuat disangka.

tiba-tiba ada cahaya yang menembusi pemandangan ini,
hati aku meronta-ronta mahu mengikuti cahaya itu,
tapi aku kaku ditempatku,
aku berasa sangat kenal dengan cahaya itu,
ia seperti melambai agar aku dekat dengannya,
aku masih kaku.


mengapa?
bantu aku,
kaki ini seperti lumpuh untuk melangkah,
aku mula memohon sesuatu,
tetapi dari siapa?


siapa yang akan mendengar sedangkan aku berseorangan,
aku mula menumpukan segala tenaga untuk melangkah.


tiba-tiba aku tersedar,
aku kaku dan mula mengingati sesuatu,
siapa aku?
apa tujuan aku?
apakah cahaya itu,?
dan siapa yang boleh memberi pertolongan kepada aku.