Sabtu, 25 April 2015

kepada sahabat ku DKP family

Andai satu hari nanti kalian menjumpai blog gue aku harap sangat korang simpan dalam hati kenagan kita bersama,


bermula dengan  8 orang untuk first intake kita menjadi 31. tapi kita bila piji and shafi pergi tinggal 29. dan sekarang bila suzi pergi untuk selamanya tinggal 28.harap sesiapa yang membacablog ini sedekahkan Al-fatihah untuk beliau

bersamaan 25/4 suzi tinggalkan kita selama-lamanya. Allah lebih menyayanginya. banyak kenangan bersam. hampir dua tahun kami sudah bersam dan kami seperti sebuah keluarga. dengan ahli coursemate yang sedikit perangai sahabat-sahabat kami seperti bole di teka.
ada yang pelik dengan kos kami sebabnya kami sedikit tapi kamilah paling bising.
kami sedikit tapi perangai gila-gila kami tak halang kami masuk dengan kos lain.

tiada yang lebih bahagia bila kami melakukan aktitiviti bersama,
ada kelebihan yang dapat kami lihat antara kami dan kos lain.  
ada antara kos yang masih belum mengenali kesemua coursemate mereka.
aku rasa bersyukur kerana diberi sahabat yang ceria dan keanak-anakan seperti mereka.

orang kata kalau marah tandanya sayang. macam tulah coursemate aku yang pantang diusik.
bukan panas baran tapi kalau apa-apa kesalahan yang sahabat kami lakukan pasti akan ada perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini.

banyak aku belajar dari mereka. 
Allah sambil tulis ni terasa rindu pula pada mereka.
rasanya apabila terjadi pemergian seorang dari kami aku takut untuk kehilangan mereka yang lain.
sungguh aku aku bukan menghalang kematian,
tapi aku harap sangat kami semua dapat graduate bersama-sama.

dalam kos mate kami ade juga yang non-muslim, tapi kami tetap keluarga.
sebab apa?
semua agama tak pernah mengajar penganutnya melakukan perbuatan jahat.
jadi yang berbeza kepercayaan dan hormat antara satu sama lain dan jaga adab kita dengan mereka.
jangan sampai melakukan perbuatan yang menyingung mereka.

moga jalinan perhabatan ini kekal. dan yang aku mahu cuma memori indah bersam kalian.
_FP_






Dunia hanya sementara

kita dihidupkan ke dunia untuk beribadah...

pabila sampai waktunya kita akan pergi menghadap ilahi.
hanya amalan sebagai teman,
umur,pangkat darjat semua ini bukan penghalang,

lihat lah mereka yang masih muda ada yang sudah pergi meninggalkan dunia,
kita yang masih hidup belum pasti masa dan bagaimana pemergian kita.
berdoalah agar kita ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan mati dalam beriman.

buka mata,buka hati,buka minda,
manakah yang perlu diperbaiki,
adakah selepas ini giliran kita?
bukan mati dipinta cuma diingati,
hanya untuk melepaskan diri dari
khayalan dunia ini..
pergilah dengan aman sahabat.
mungkin hari ini kau pergi dulu,
selepas ini aku pula yang akan menyusul.
kuat kah aku menhadapinya nanti?

aku bersyukur kerana aku masih bernyawa.
bermakna Allah masih beri ruang waktu untuk aku bertaubat sebelum kembali padanya,
Allah sudah jelas kasih sayang  ya Rabb pada kita..
subhannallah,,
Allahu akhbarr

_peringatan kuat untuk diri ini_

Rabu, 22 April 2015

Be prepared

Jodoh menjemput?~mati~
bersediakah aku pada masa itu?
waktu tu jodoh kau dengan manusia pon tak kekal.
jadi mne satu jodoh yang kau perlu bersedia.?


kebelakangan ni aku perhatikan banyak perpisahan antara manusia dengan manusia.

jika berpisah di dunia mungkin jodoh itu mungkin ia boleh kembali.
jika terpisah dengan kematian?
adakah kau boleh halang kematian itu?


Allah..

jika diri ini meletakkan diri ditempat orang yang kehilangan orang yang dicintai seperti keluarga tak terucap rasanya diri ini.
masihkah kau mahu bersedia untuk jodoh kau dengan manusia atau kau sudah mahu bersedia berjodoh dengan kematian.

hargai mereka yang masih ada. jangan dok menanti orang yang tak pasti. jangan masa orang yang kau terdekat kau yang kau tak hargai tu pergi baru menyesal.
pada kawan2 aku yang ditimpa musibah itu takziah. aku cuba meletakkan diri aku di tempat kalian.
cry emoticon





Masing-masing ada ujian yang Allah beri.

Allah tidak menguji hamba nya yang tak mampu..

based on yang aku tengok, kalau yamg belajar jauh macam aku walaupun sarawak je pun tapi kne prepare juga,
yelah ada je rakan-rakan aku yang tak sempat tengok mak or ayah dia sebab tak sempat,
*tekankan kepada diri sendiri.

Rabu, 8 April 2015

al-fatihah buat diri ini

Al-fatihah

Kesedaran bermula apabila merasa diri ini kosong tanpa pengisian. Tetapi belum berakhir lagi dugaan itu tiba. Benarkah diri ini sudah sedia menuju ke arah yang lebih baik?

Datangnya angka baru silih berganti  menerusi masa ke masa. Akan tetapi kealpaan ini tetap berada dalam diri ini. 

Dari manakah hendak aku mulakan langkah ini? semakin lama aku semakin tersasar dari landasan yang perlu aku lalui. Dimanakah diri ini sebenarnya perlu aku tujui?

Aku mula tersedar apabila ada tangan yang  mencapaidan memimpin semula ke jalan yang Maha satu. 

Allah...
masihkah adakah ruang untuk diri ini kembali?
aku berusaha untuk  bangkit kembali.
peritnya hanya iman yang tahu,
betapa aku berusaha bangkit kembali padamu.

lihatlah diri ini,
kadang-kadang masih perlukan tangan untuk memimpin,
aku masih sehelai kain yang perlu dicorakan,
aku masih mahu bersama-sama mereka menuju ke arah redhamu.
meski hati ini menjadi taruhan..